Tuesday, 20 November 2012

salam.. rase2nya dah lama tak update blog..  mcm biase.. umi suke update gambar ank2 umi.... lihat ye..

Thursday, 5 July 2012

Mujibuddin.. buah hati umi no. 2

Ya Allah... Kau permudahkanlah perjalanan hidupku... Mungkin  ada hikmah yang tersirat di sebalik ujian dan rintangan yang ku hadapi selama ini.... Mendidikku menjadi insan yang lebih zuhud kepadaMu, menjadi isteri yang solehah untuk suamiku... dan my priority... menjadi umi sejati di hati anak-anakku muizzuddin dan mujibuddin...
Untuk 2 permata hatiku.. biarlah umi berkorban... tanda kasih sayang yang tidak berbelah bagi... Ya, Allah nak bagi banyak pahala kepada umi sebab itu Allah pinjamkan muizzuddin dan mujibuddin untuk umi besarkan dan umi didik.. yang paling penting, umi akan teruskan penyusuan susu ibu selama boleh untuk anak umi tersayang, mujibuddin... muizzuddin, sekarang giliran adik pulak ye...

Sacrifice...


2 permata hatiku, umi rela berkorban untuk bersama-sama denganmu mengharungi hidup yang penuh warna-warni ini... mujibuddin... umi tahu mujib taknak berpisah ngan umi kan? abg muiz pun mcm tu... baiklah,.. umi harap sgt agar anak-anak umi membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat... Amin..

Thursday, 16 February 2012

suamiku sayang...

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG... 02/12/1978...
Tarikh ini insan yang kusayang dilahirkan....
terima kasih kerana sudi berkongsi hidup dgn saya yang banyak kekurangan ini...
terima kasih sudi menjadi bantal saya ketika saya sedih...
terima kasih sudi memberi nasihat kepada saya
terima kasih kerana sudi membimbing saya jadi isteri yang baik dan solehah...
terima kasih kerana sudi menjadi ayah kepada anak-anak kita...
terima kasih kerana sayangi saya selalu...
Moga Allah merahmati hidup kita...
dipanjangkan jodoh dan dimurahkan rezeki...